Pertubuhan Kebajikan Al Khairi (PPM-015-10-08022021)
Infaq Telaga Kasih

PENYELESAIAN KEKERINGAN ABADINYA AMALAN

Latar Belakang

Pertubuhan Kebajikan Alkhairi diasaskan oleh Dato ’Seri Mohd Khairi. Beliau adalah usahawan dan ahli perniagaan berpengalaman dalam pelbagai industri seperti perkhidmatan IT, import dan eksport, pembangunan hartanah (pemaju), agensi pelancongan termasuk Perkhidmatan Haji & Umrah, dan lain-lain lagi. Semasa menceburkan diri dalam dunia perniagaan, beliau terdedah kepada pelbagai liku-liku kehidupan manusia di seluruh dunia. Pengalaman yang beliau perolehi telah menyedarkan hati nurani beliau tentang nikmat kurniaan Allah harus dibahagikan seadilnya . Beliau percaya bahawa kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh umat manusia dapat dibebaskan dengan cara dan pengurusan yang tepat .

 

Beliau juga aktif dalam membiayai dan memberikan pelbagai perkhidmatan sosial dan sumbangan kepada badan amal, agensi dakwah, rumah anak yatim, sekolah dan institusi kebajikan yang lain di Malaysia khususnya melalui yayasan beliau (Yayasan Mohd Khairi)

 

Kini beliau mengasaskan PKAK dengan sejuta harapan agar para dermawan yang ada dimalaysia khususnya dapat bersama-sama beliau didalam perjuangan ini untuk menyalurkan dana kepada mereka yang tidak berkemampuan didalam mahupun diluar negara .

 

Pada masa akan datang, PKAK berharap agar dapat mengumpulkan dan menyerahkan dana kepada semua umat manusia secara ammnya yang memerlukan bantuan untuk menaikkan taraf kehidupan seharian mereka .

Pertubuhan Kebajikan Alkhairi
Jihat Prihatin Ummah