Pertubuhan Kebajikan Al Khairi (PPM-015-10-08022021)
Infaq Telaga Kasih

PENYELESAIAN KEKERINGAN ABADINYA AMALAN

Infaq Buat Gaza

Sedarkah Kita ? Dah 20,000 telah Syahid demi mempertahankan Kota Suci kita

Assalamualaikum Tn/Pn, berita terkini dari bumi palestin .. Khabar berita mendukacitakan yang kami dapat dari sahabat kami seorang Pensyarah di Gaza . Kenalan tersebut adalah senior kami ketika belajar di Madinah Al-Munawwarah satu ketika dahulu . 

Beliau hafizahullah memaklumkan bahawa keadaan terkini di Gaza sangat menyedihkan dan beliau memaklumkan beberapa keperluan untuk dipenuhi oleh saudara-saudara di Malaysia . Bagi yang ingin turut serta menghadiahkan sedikit harapan buat mereka disana boleh turut serta bersama kami . Perancangan kami untuk menghantar dana yang ada dalam masa segera . Antara barangan keperluan yang mendesak buat masa ini adalah ; 

Makanan buat golongan yang terkena bencana perang. Pakaian/Set Kelengkapan solat buat mereka Bahan Api / Gas Keperluan Elektrik & Masakan Selimut Toto untuk kegunaan musim sejuk disana. Dengan minimum RM25 , keperluan yang paling mendesak akan diaturkan oleh sahabat kami disana.

Ya Allah saksikanlah usaha kami ini dalam membantu , tidaklah kami ini sekadar berpeluk tubuh melihat saudara kami diinjak tanpa melakukan apa-apa . Terimalah amalan kami yang pernah kami lakukan demi menggapai keridhaan dari MU  .

Hadiahkanlah Pahala Amalan ini buat Diri sendiri, Ibu Ayah & Orang tersayang, lagi2 orang yang pernah berbakti pada kita sebelum ini, Semoga Allah terima amalan kita semua, Ameen 🤲

Mohon sharekan info ni pada ahli keluarga & rakan2 semua

Pertubuhan Kebajikan Alkhairi
Jihat Prihatin Ummah